Tuesday, February 12, 2019

E FOLIO PENGAJIAN MALAYSIA


 PENGAJIAN MALAYSIA 

TAJUK : INSTITUSI DIRAJA ADALAH SATU SISTEM YANG MENJADI ASAS 
PEMERINTAHAN TANAH MELAYU DAN MALAYSIA .
TERANGKAN RELEVENSI KEWUJUDAN SISTEM INI DI MALAYSIA .

            NAMA PENSYARAH : USTAZ SAIFUL NIZAM BIN MUKHTAR .

            NAMA AHLI KUMPULAN : - 
1 - NUR AIN SYAZURIN BINTI ZULHILMI ( 02DTM18F2099 )         
2 - NUR FARAH AFIQAH BINTI ABU BAKAR ( 02DTM18F2077 )    
3 - NUR DINI BINTI JAHARI ( 02DTM18F2086 )                               
4 - SITI HAJAR BINTI MOHD NAJIB ( 02DTM18F2065 )                     
5 - NURUL NURQISTINA BINTI ABDUL RAZAK ( 02DTM18F2034 )
           
           JABATAN : TEKNOLOGI MAKANAN 
           
           KELAS : DTM 1B 




PENGHARGAAN 
  
Terlebih dulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada allah kerana diberi kesihatan untuk menyiapkan tugasan e- folio ini dengan sempurna .

Kerja kursus ini saya dan kumpulan saya dapat siapkan dengan sempurna , dengan bantuan pelbagai pihak .


Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada USTAZ SAIFUL NIZAM BIN MUHKTAR kerana membimbing dalam menyiapkan kerja kursus ini . Beliau banyak memberi penerangan dalam menyiapkan kerja kursus ini .

Akhir sekali , saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan dari kerja kursus ini . 

TERIMA KASIH . 



PENGENALAN 




Pemerintahan beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting di Malaysia . Menurut TunMohamed Salleh Abas di dalam buku beliau yang berjudul “Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia”, pemerintahan Beraja merupakan salah satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia 
Walaubagaimanapun, semasa zaman penjajahan british keadaan telah berubah kerana kuasa mutlak raja raja telah hilang secara beransur-ansur. Bermula daripada Sistem Residen yang menghendaki Raja-Raja Melayu menerima seorang penasihat British hinggalah penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, dapat dilihat bahawa pihak British telah mengurangkan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan beraja telah dikekalkan. Walaubagaimanapun, ia telah disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita. Muncullah Konsep Raja Berperlembagaan yang bermakna, kuasa raja yang dibatasi oleh perlembagaan. Kini, Raja-raja Melayu dikehendaki pula menerima nasihat menteri-menteri kerajaan dan bertindak menurut nasihat itu. Misalnya, Yang Dipertuan Agong sekarang dikehendaki bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, manakala seorang Raja di sebuah negeri pula dikehendaki bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Exco di peringkat kerajaan negeri. 
Bagi kebanyakan negara , raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut . Selain itu , raja biasanya ketua agama seta panglima besar angkatan tentera sesebuah negara . contohnya di Malaysia , yang dipertuan agong merupakan ketua agama islam , manakala di United Kingdom dan negara dibawah naungannya , Ratu Elizabeth II adalah ketua agama kristian protestan .

UNIKNYA SISTEM PEMERINTAHAN  BERAJA DI MALAYSIA 

Pemilihan Yang di-Pertua (YDP) Agong sebagai pemerintahan tertinggi Negara secara bergilir melambangkan kestabilan sistem pentadbiran yang diguna pakai di Malaysia . Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
 Daripada 43 negara ini , 36 daripadanya mengamalkan sistem raja perlembagaan sementara 5 yang lain mengamalkan sistem beraja kuasa mutlak dan 2 negara iaitu Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu mengamalkan sistem beraja campuran mutlak serta berpelembagaan .

BERGILIR 9 NEGERI 

Ada 9 negeri di Malaysia yang mempunyai raja iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan Tujuh daripada 9 negeri ini menggunakan gelaran Sultan manakala Perlis menggunakan gelaran Raja dan Negeri Sembilan pula menggunakan gelaran Yang Di-pertuan Besar

Sejak 1957, kesemua pemerintah bergilir-gilir menaiki takhta sebagai YDP Agong bermula dengan urutan Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan yang terakhir dalam pusingan pertama adalah Perak.
Menurut Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Ketua Lajnah Kajian Strategik Majlis Ittihad Ummah, apabila penggiliran ini masuk ke pusingan kedua, ia dijadikan asas memilih YDP Agong.

Bagaimanapun, ia bukan menjadi sesuatu yang bertulis kerana perlantikan YDP Agong masih memerlukan undi majoriti Raja-Raja Melayu.
Sistem penggiliran ini penting. Pertama ia mencerminkan kedaulatan negara dipegang oleh raja-raja secara bergilir setiap 5 tahun.

Kedua, ia melangsungkan kaedah perlantikan secara syura ataupun bai ah kerana raja-raja ini adalah raja kepada negeri-negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu inilah yang mengasaskan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 bila kita mencapai kebebasan daripada campur tangan British yang kemudiannya disertai Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 1963.

KETAHANAN SISTEM BERAJA

Sementara itu, Professor Datuk Dr. Ramlah Adam, Pengarah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis menyentuh sejarah kerjasama antara raja-raja Melayu yang telah berlaku sejak lebih 100 tahun lamanya.

Majlis Mesyuarat Raja-Raja sejak Mesyuarat Durbar pada 1897 sudah bersidang sebanyak 244 kali. Maknanya dari sistem pentadbiran, institusi raja-raja dan Majlis Raja-Raja sudah jelas nampak ketahanannya. Sistem Parlimen kita sendiri hanya berusia 60 tahun.

Ini membuktikan ia boleh terima cabaran semasa, boleh hidup dalam keadaan sejak pemerintahan cara tradisional, kemudian dengan kedatangan British, Jepun, sewaktu kita merdeka dan sehingga wujudnya Malaysia hari ini.

Sistem pemerintahan beraja di negara ini memainkan peranan penting dalam mengimbangi sistem pemerintahan demokrasi kerana raja-raja sangat berkecuali dalam segala hal terutama hal politik, ekonomi dan dasar negara.
Dalam dalam politik semuanya berpecah-pecah tetapi kalau sebut institusi raja, tidak ada sebab nak berpecah sebab ia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ia tidak ada parti politik.


Sejak 60 tahun, Malaysia terbukti dapat mengadunkan sistem tradisional sejak Kesultanan Melaka sebelum kedatangan barat dan sekarang digabungkan bersama pentadbiran moden dengan kewujudan Perdana Menteri, sistem parti politik dan proses pilihan raya.


Institusi YDP Agong ini melambangkan kehebatan sistem pemerintahan tradisional raja-raja yang masih dapat digunakan dan sangat relevan dalam pemerintahan hari ini.

SATU SATUNYA DI DUNIA

Mungkin ada yang tidak sedar sistem penggiliran pemerintahan YDP Agong adalah satu-satunya yang seumpamanya di dunia bagi pemerintahan sesebuah negara.
Tidak ada negara yang menjalankan sistem penggiliran raja-raja seperti yang dilakukan di negara ini.

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai 9 raja dari 9 negeri berbeza bertolak ansur memerintah mengikut giliran.

Beliau mengambil contoh Sepanyol, Jordan dan Arab Saudi yang diperintah oleh hanya satu keluarga diraja.
Sistem penggiliran di negara kita ini memang unik. Sebab ia bergilir antara 9 orang raja.Di Emirah Arab Bersatu (UAE) pembahagian kuasa antara raja-raja adalah berdasarkan jawatan yang diberikan kepada setiap mereka.


CARTA KEDUDUKAN INSTITUSI DIRAJA 


Raja perlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang di - Pertuan Agong (YDPA) hendaklah mematuhi peruntukan di dalam Perlembangaan Persekutuan . Peruntukan ini bermaksud , bidang kuasa YDPA ditetapkan oleh Perlembagaan dan undang undang . Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hanya bertindak untuk menasihati YDPA dalam hal hal tertentu .


PERANAN RAJA ATAU SULTAN SEBELUM DAN SELEPAS CAMPURTANGAN BRITISH

Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

PERANAN RAJA SEBELUM PENJAJAHAN BRITITISH

 Politik

1. Sultan sebagai ketua kerajaan

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengingkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama.

2. Sultan berperanan dalam bidang perundangan dan kehakiman

Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang dan berperanan sebagai ketua hakim. Segala perintah dan arahan raja serta perakuan raja, dianggap sebagai undang-undang dan baginda juga bertanggungjawab mengendali dan memutuskan hukuman daripada sekecil-kecil hukuman sehinggalah hukuman mati. Baginda juga berhak member pengampunan kepada pesalah yang dikehendaki. Baginda memelihara undang-undang dalam negeri untuk mengawal kesejahteraan rakyatnya.

3. Berkuasa melantik pembesar

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Golongan pembesar yang dilantik mestilah berwibawa supaya dapat membantu banginda dalam pentadbiran negeri. Kuat atau lebih seseorang raja atau kerajaan adalah bergantung kepada golongan pembesar yang dilantik. Baginda juga berhak memecat dan melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

4. Sultan menentukan hubungan diplomatik

Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara asing. Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan

5. Sultan berperanan sebagai ketua tentera.

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain.

Ekonomi

6. Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi.

Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) dan Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dan segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

7. Sultan berkuasa melaksanakan sistem kerah.

Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera, membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dan sistem ini. Contoh di Kedah mereka yang dikecualikan dan sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik­-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

Sosial

8. Sultan merupakan lambang perpaduan

Raja/Sultan menjadi simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya memerintah dengan berkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

9. Sultan bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Baginda juga berperanan untuk memastikan semua rakyatnya mematuhi peraturan dan larangan terhadap sesuatu adapt istiadat Melayu yang diamalkan.

PERUBAHAN PERANAN RAJA / SULTAN SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH

1. Raja Kehilangan kuasa mentadbir

Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telah kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini. Walaupun sultan menjadi Presiden Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen. Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948 tetapi kuasa sebenar masih di tangan British.

2. Raja kehilangan kuasa dalam perundangan

British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman apabila British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.

3. Raja kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi

Setelah kedatangan British, segala urusan percukaian dan import-eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British. British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.

4. Raja kehilangan hak ke atas tentera

Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negeri sahaja.









 FUNGSI MAJLIS RAJA RAJA MELAYU
     
      Fungsi dan tugas majlis raja-raja melayu adalah seperti berikut:
  • Memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang Dipertuan Agong
  • Mempersetujui dan tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan
  • Melantik anggota-anggota Makhamah Khas
  • Memberi ampun,tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan,menggantung atau meringankan hukuman-hukuman ke atas seseorang.
  • Melantik seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera dan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka


KUASA MAJLIS RAJA RAJA 

Pada 1983, pindaan untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun pindaan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Sebagai komprominya, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan semula.[1] Pindaan Perlembagaan 1994 juga tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Kuasa raja melantik menteri besar merupakan kuasa formal sahaja. Tetapi dalam keadaan tidak menentu seperti di Perlis dan Perak pada 2008, kuasa raja akan menjadi sangat signifikan. Begitu juga di Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar Terengganu 2008.

KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA RAJA MELAYU 


Berikut dibicarakan beberapa keistimewaan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. 

1. Tidak Boleh Didakwa 

Perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah.

2. Hak Prerogatif dan Bidang Kuasa Tidak Boleh Disentuh 

Bagi raja-raja lain, kedaulatan prerogatif kuasa dan bidang kuasa mereka tidak tersentuh dan tiada tindakan pun dalam mana-mana mahkamah boleh dikenakanke atas raja mana-mana negeri atas sifat dirinya sendiri. Pembesar-pembesar memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah masing-masing juga kebal daripada tindakan mahkamah atas sifat diri masing-masing.

3. Jaminan Susunan Keutamaan

Perlembagaan membuat peruntukan tentang susunan keutamaan bagi Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja lain. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong diutamakan daripada kesemua orang di Persekutuan dan kedudukan keutamaan raja-raja lain dalam kalangan mereka adalah menurut tarikh mereka diangkat menjadi raja. Dalam negerinya sendiri, seorang raja itu mengambil keutamaan mengatasi raja-raja lain.

4. Hak Pewarisan 

Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Hak-hak itu mesti ditentukan menurut perlembagaan negeri itu. Sebarang pertikaian berhubung dengan warisan sebagai raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-mana pihak berkuasa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri itu.

5. Pindaan Hanya oleh Majlis Raja-raja 

Menurut seksyen 19 (2) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Dengan itu, tiada undang-undang yang secara langsung boleh menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.


RELEVENSI KEWUJUDAN SISTEM INSTITUSI RAJA DI MALAYSIA  

  Institusi diraja merupakan identiti yang menjadi salah satu sistem dalam pentadbiran negara.

Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, ia perlu dikekalkan sekali gus menjadi lambang kepada kepentingan sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

"Kepentingan institusi ini, supaya sistem demokrasi diamalkan dan ada mekanisma semak dan imbang untuk sistem demokrasi.

"Walaupun kita tahu sistem demokrasi ini adalah sistem yang mengangkat suara rakyat dan mempunyai Parlimen, tetapi ada kalanya dalam konteks negara, kita perlukan institusi beraja terutama dalam konteks skop kebebasan asasi, dalam konteks perpaduan negara dan dalam konteks yang lain pula kita melihat institusi beraja juga menyumbang dalam bentuk kemakmuran ekonomi, maknanya dari segi keseimbangan antara peluang ekonomi dan peluang dari segi jurang antara kaum. 
   "Saya rumuskan, ia penting dari segi pentadbiran negara yang menjadi satu keseimbangan konsep demokrasi berparlimen dan ia penting untuk perpaduan negara yang berbeza atau yang terdapat  kepelbagaian dalam pelbagai dimensi. Institusi beraja dalam sejarah dan amalannya patut menjadi sumber kekuatan untuk semua komuniti yang ada termasuk juga hal-hal berkaitan keselamatan dan kemakmuran ekonomi," katanya . Terdapat juga beberapa peruntukan dalam perlembagaan Malaysia yang menjaga hak warganegara dan penduduk sejagat .

RAKYAT ELEMEN PENTING PERTAHAN INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN

Perjalanan sejarah negara telah menyaksikan  sistem beraja mutlak di negara kita telah berakhir apabila sistem raja berperlembagaan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Lord Reid yang bertanggungjawab menyediakan draf  Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diterima untuk Tanah Melayu yang merdeka. Sebaik sahaja kita merdeka pada 31 Ogos 1957, maka tertegaklah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di mana kedudukan dan kuasa raja-raja diikat atau tertakluk kepada semangat Perlembagaan Persekutuan.

Secara evolusinya semangat raja berperlembagaan  bermula di negeri Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda Sultan Abu Bakar mempunyai hubungan yang rapat dengan British. Hubungan kerajaan Johor dengan kerajaan British diperkukuhkan lagi apabila baginda mengadakan perjanjian dengan baginda Queen Victoria pada 11 Disember 1885 di London. 

Dalam mentadbir Negeri Johor, baginda sering mendapatkan nasihat undang-undnag  daripada tetuan Rodyk dan Davidson atai Simons dan Napier. Malah, baginda telah melantik William Napier secara rasmi sebagai Penasihat Undang-undang. Pada 14 September 1895, Sultan Abu Bakar memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Pelaksanaan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor itu membawa kepada  Ini pemebentukan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.Majlis itu berfungsi untuk membantu sultan Johor dalam hal-hal pentadbiran. 

Rahimah Abdul Aziz (1997) menyebut pemasyhuran undang-undang tersebut sebagai kemuncak pembaratan yang dilakukan oleh Sultan Johor, manakala E. Thio (1967) pula menyebut pelaksanaan undang-undang itu meruoakan titik tolak campur tangan British dalam pentadbiran kerajaan Johor.

Hakikatnya, perjalanana sejarah di negara ini telah merakamkan bahawa sistem pemerintahan beraja yang berakar umbi dari Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka telah berakhir dan digantikan dengan sistem pemerinthan demokrasi dan raja berpelembagaan secara rasminya sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Walaupun Raja yang ada pada hari ini adalah tertakluk kepada perlembagaan moden, namun institusi raja masih dilihat penting dalam sistem pemerinthan demokrasi berparlimen di negara ini.

Ini dapat dilihat dari stuktur Parlime itu sendiri di mana Parlimen terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Perlembagaan Negara memaktubkan di dalam Perkara 32 bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara. Namun, kuasa-kuasa pentadbiran ini dilaksanakan oleh barisan kabinet kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.


Walau bagamaina pun, baginda berhak untuk mendapatkan maklumat mengenai apa-apa perkembangan mengenai hal ehwal negara bila-bila masa yang diperlukan baginda. Baginda  juga bertanggungjawab mempertahankan kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu serta kedudkan kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan .

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata dan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan di negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, termasuk Wilayah Persekutuan.

Majlis Raja-raja yang antara tanggungjawabnya ialah memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong adalah institusi yang bertanggung jawab memastikan bahawa instusi beraja di negara ini berada pada landasan yang selari dengan kedudukan mereka dalam demokrasi dan perlembagaan. Berdasarkan perlembagaan, ahli-ahli Majlis Raja-Raja  dikehendaki menerima nasihat kerajaan.

Justeru, perlembagaan menghendaki ahli Majlis Raja-Raja diiringi penasihat yang terdiri daripada para Menteri Besar Dan Ketua Menteri. Walau bagaimanapun, sekiranya majlis membincangkan hal-hal berhubung dengan institusi raja termasuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong maka penasihat terbabit tidak perlu hadir. 

Sejauh mana institsui raja ini boleh bertahan adalah bergantung kepada iltizam dan kekuatan rakyat mempertahankan institusi yang menjadi lambang warisan sistem politik Melayu tradisional. Rakyatlah yang menjadi penentunya. Ini pernah diakui sendiri oleh baginda Sultan Sultan Azlan Shah. Ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen  Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980, baginda bertitah, "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya". 


Pada hemat penulis hanya orang Melayu dan politik Melayu sahaja yang mampu untuk mempertahankan satu-satu warisan politik Melayu ini. Ini tidak bermakna penulis menafikan tanggungjawab bangsa lain selaku rakyat yang taat setia kepada baginda, tetapi memandangkan bangsa Melayu itu lebih dekat minda dan jiwanya kepada akar tradisi bangsanya sendiri, maka merekalah yang menjadi penentu dalam mempertahankan sistem raja berperlembagaan di negara ini.


Dalam ’Magnum Opus’ Sejarah Melayu, Tun Perak, Bendahara Melaka tersohor mengingatkan rakyat: ”Hendaklah tulus hatimu pada berbuat kebaikan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaikan kepada raja kamu. Adalah raja yang adil itu dengan Nabi sallallahu-alaihi-wa-salam umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zuli’lLahu-fil’alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kepada Allah subhanahu-wa-ta’ala.Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan akan raja”. - BH 5 Apr 2012

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-akhbar/12935-rakyat-elemen-penting-pertahan-institusi-raja-berpelembagaan.html


PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN 

BAHASA MELAYU 

  • menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional.
  • dipilih melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.
  • akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.

KEDUDUKAN AGAMA ISLAM



  • Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni.
  • Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
  • Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ( Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili raja-raja Melayu.
  • Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri.
  • berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam.
  • Perkara 11(4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
  • Perkara 12(2) memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu ajaran Islam.
  • perwarisan (berwasiat atau tidak berwasiat)
  • munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah dll )
  • wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
  • adat istiadat Melayu
  • zakat fitrah dan baitulmal
  • masjid atau tempat solat awam
  • mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)
  • keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah
  • mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama Islam.


KEWARGANEGARAAN 






HAK KEBEBASAN ASASI 

  Istilah "kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi   yang diberikan pada rakyat. Bahagian II,perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan Persekutuan Peruntukkan 9 hak asasi :
  • PERKARA 5 : KEBEBASAN DIRI
  • PERKARA 6 : KEABADIAN DAN KERJA PAKSA DILARANG 
  • PERKARA 7 : PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG UNDANG JENAYAH KUATKUASA KEBELAKANG DAN PERBICARAAN BERULANG 
  • PERKARA 8 : KESAMARATAAN
  • PERKARA 9 : LARANGAN BUANG NEGERI DAN BEBAS BERGERAK
  • PERKARA 10 : KEBEBASAN PERHIMPUN , BERCAKAP , DAN BERPESATUAN
  • PERKARA 11 : KEBEBASAN BERAGAMA 
  • PERKARA 12 : HAK TERHADAP PENDIDIKAN 
  • PERKARA 13 : HAK TERHADAP HARTA 

Semua rakyat berhak dapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang.


KESIMPULAN 

Dan perbincangan di atas adalah jelas bahawa sebelum penjajahan, raja / sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu. Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian baru yang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar di tangan Residen.



RUJUKAN 




BUKU PENGAJIAN MALAYSIA  




3 comments:

  1. Assalam saudara/saudari..
    Saya mohon izin untuk share maklumat ini untuk rujukan perpustakaan saya.terima kasih

    ReplyDelete
  2. ASSALAMMUALAIKUM,IZINKAN SAYA MENGAMBIL SIDIKIT SEBANYAK MAKLUMAT YANG TELAH DIKONGSI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN SAYA ,HARAP DAPAT MEGHALALKANNYA,TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  3. NoVCasino Casino - NOVCASINO.COM
    NoVCasino.com offers a no deposit bonus of sol.edu.kg 100% up to €150. No nba매니아 Deposit Bonus is 바카라 사이트 given poormansguidetocasinogambling.com to new players only. novcasino No deposit bonuses expire

    ReplyDelete